SELEPAS mencatat kejayaan luar biasa menerusi lagu Peluang Kedua dengan ‘double platinum’, penyanyi Nabila Razali muncul dengan single baharunya berjudul Putus.
Lebih menarik, lagu berentak balada itu merupakan hasil karya pertama Nabila bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama.
“Alhamdulillah selepas Peluang Kedua yang sudah lebih setahun, saya kini kembali dengan lagu baharu untuk dihadiahkan buat peminat.
“Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni. Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama.
“Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima Putus dan terus berikan sokongan,” katanya.

Video muzik Putus boleh ditonton di YouTube Nabila Razali Entertainment.
Buah tangan terbaharu itu juga merupakan sempena hari jadinya ke-29 pada hari ini.
Malah, single itu menjadi hadiah istimewa buat peminat yang tetap di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

“Saya pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya.
“Ia juga hadiah kepada peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya.
Putus mengisahkan tentang sebuah percintaan suci yang berakhir dengan perpisahan.
“Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari redha dan pasrah di atas ketentuan takdir.
“Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri,” katanya.
Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Selain itu, lagu Putus juga boleh didengari di semua platform streaming bermula 19 November ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

