SELEPAS dianggap ‘bodoh’ dan tidak bertanggungjawab kerana mencabar bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan Johor beberapa hari lepas, Tan Sri Shahrir Samad hari ini membuat kenyataan baharu.
Tanpa menjawab kenyataan mengenai rasional cabarannya, veteran UMNO tersebut memetik kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tersebut yang menyatakan jika terus dicabar, beliau boleh menekan ‘butang’ bagi menjatuhkan kerajaan Johor walaupun tidak berniat demikian.
Shahril dalam kenyataan ringkas di Facebooknya mengulas kenyatan tersebut dengan berkata, Muhyiddin sebenarnya tidak akan mudah melakukan tindakan sedemikian.
Beliau menegaskan, negara ini mempunyai perlembagaan, begitu juga dengan negeri-negeri yang mempunyai perlembagaan masing-masing.
BERITA BERKAITAN Muhyiddin anggap Shahrir Samad ‘bodoh’ bila cabar Bersatu tumbangkan kerajaan Johor
Katanya, sistem pemerintahan negara dan negeri diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Pemerintah dan Yang Dipertua Negeri yang juga mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap berperlembagaan.
“Nak bubar Dewan Rakyat atau DUN (Dewan Undangan Negeri), bukan semudah dengan ‘tekan butang’ je. Ada prosesnya. Ia tertakluk kepada proses di bawah perlembagaan yang melibatkan peranan Ketua Negara atau Ketua Negeri.
“Tak semudah dengan ‘tekan butang’ sahaja,” katanya.
Sementara itu, Shahrir dalam kenyataan sama juga mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin bahawa kerajaan pimpinan Bersatu jatuh kerana UMNO menarik balik sokongannya kepada PN.
“Soal ‘saya jatuh Umno tidak sokong’ pun ada kaitannya dengan konsep asas kepada amalan demokrasi kita, iaitu Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Itu, kalau kita masih boleh ingat,” katanya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

