Muhyiddin anggap Shahrir Samad ‘bodoh’ bila cabar Bersatu tumbangkan kerajaan Johor

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad sebagai ‘bodoh dan tidak bertanggungjawab’ apabila mencabar partinya untuk menumbangkan kerajaan Johor seperti yang berlaku di Melaka.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau tidak akan bertindak bodoh seperti segelintir pemimpin UMNO yang sanggup menarik sokongan terhadap kerajaan sendiri dan akhirnya menyebabkan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika COVID-19 sedang menular.

Beliau mendakwa, Shahrir juga berniat jahat dan tidak dapat berfikir secara waras setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Shahrir Samad

“Tengok apa yang UMNO buat di Melaka? Jahat, kerajaan sudah ada, dia sendiri tumbangkan kerajaan dia.

“Jadi, kalau saya buat di Johor, macam Shahrir bodoh tu, minta maaf, saya katakan, dia suruh Bersatu tarik supaya kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Hasni Menteri Besar daripada UMNO tu akan jatuh. Bijak ke bodoh?

“Mintak maaf ha. Saya pun tak nak mintak maaf dengan Shahrir, saya dah kenal lama dah,” katanya memetik laporan portal Warta Rakyat.

Katanya, Shahril marah apabila beliau kalah dalam pilihan raya dengan mencabarnya membuatkan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Dia macam rasa marah dia kalah. But the fact is he has lost before. Tapi kalau kita nak membalas, kita boleh buat, semalam pun saya kata. Tetapi kita tak nak buat.

“Saya kesian orang Melaka. Takkan yang saya lihat di Melaka nak ulang berlaku di Johor di negeri saya. Bodohlah saya, betul tak?” katanya dalam sidang media bersama calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub di Bemban, Melaka, hari ini. Yang turut hadir, Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahrudin Jamal.

BERITA BERKAITAN PN akan umum calon KM Melaka sebelum hari pengundian – Muhyiddin

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengingatkan Shahrir supaya yang mencabar beliau mengambil tindakan yang boleh menyebabkan rakyat Johor terjerumus dalam krisis politik seperti yang berlaku di Melaka.

“Itu niat jahat, Shahrir Samad saya kenal. Dia hendak supaya macam mana berlaku di Melaka, berlaku di Johor.

“Ini pemimpin UMNO, apa pemikiran dia? Dia macam nak sinilah. Jangan cabar saya.

“Saya Presiden parti Bersatu, Perikatan Nasional. Hanya kerana memikirkan nasib rakyat yang terutama.

“Shahrir tak fikir. Dia nak mencabar saya, saya boleh buat. Besok, sekarang saya boleh tekan button. Semua jatuh.

“You want to see that happened? Oh, pasal saya takut nak buat begitu? Saya tak takut.

“Kerana saya fikir yang penting rakyat di negeri Johor jangan berhadapan dengan masalah sebesar yang berlaku di negeri Melaka.

“Saya boleh cakap panjang semalam pun saya ada sebutkan. Kalau saya ni orang kata vindictive, hendak membalas dendam, saya jatuh kerana UMNO tak sokong.

“Tetapi tak ada pilihan raya, tak apalah orang lain naik. Jadi rakyat tak terkesan, tak ada pilihan raya umum,” jelasnya.

Beliau meminta Shahrir menunggu sehingga pilihan raya tiba dan melihat parti mana yang akan disokong rakyat.

“Sepatutnya orang Johor marah Shahrir Samad. Dia jangan tak tahu saya sudah lama di Johor, dan saya asal Johor dan saya tidak akan lakukan kepada orang Johor macam mana UMNO lakukan dengan orang Melaka,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This