‘Diet apa diet?’, balas Muhammad Sanusi kepada TMJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BAHANG pertemuan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini semakin terasa walaupun wisel sepak mula belum lagi ditiupkan.

Ia selepas Pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbalas kritikan di media sosial dengan Presiden KDA FC, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

‘Perang psikologi’ itu bermula selepas TMJ menerusi laman Instagramnya memberi komen setelah pemain KDA FC mendapat tonik terbaik apabila tunggakan gaji selama dua bulan berjaya dilunaskan pihak pengurusan.

Tunku Ismail menegur sikap pengurusan pasukan KDA FC yang didakwa hanya mahu melangsaikan tunggakan gaji sebelum pertemuan dengan JDT.

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol,” kata TMJ.

Namun begitu, Muhammad Sanusi enggan berdiam diri sebaliknya membalas kritikan itu menerusi akaun Facebooknya malam tadi mengatakan bukan setiap bulan KDA FC akan bertemu JDT.

TMJ ‘memuji’ tindakan KDA FC melunaskan gaji pemain dan ‘mempelawa’ Muhammad Sanusi diet.

“La (sekarang) ni bulan sebelaih (11) dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq (kapur) tala ikut suka dia,” balas Muhammad Sanusi.

Tindakan Muhammad Sanusi itu mengundang balasan Tunku Ismail di Instagram Story yang ‘memuji’ usaha KDA FC untuk menjelaskan tunggakan gaji tersebut.

Pada masa sama, TMJ turut ‘mempelawa’ Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah untuk berdiet.

Baca artikel berkaitan: Stadium Sultan Ibrahim akan dilengkapi kolam renang – JDT

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Tahniah.

“Jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet, call, saya ajar,” ujar Tunku Ismail menerusi hantaran mesejnya kepada akaun Instagram rasmi Muhammad Sanusi.

Tidak lama selepas itu, Muhammad Sanusi membalas kembali kenyataan tersebut di akaun Facebook miliknya seolah-olah tidak menerima ‘pelawaan’ berkenaan.

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah. La ni pun dok main bola lagi. Diet apa diet?,” katanya.

Pemain KDA FC mendapat tonik terbaik menjelang pertemuan suku akhir Piala Malaysia, malam ini selepas pihak pengurusan melangsaikan tunggakan gaji selama dua bulan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This