PM ucap takziah kepada keluarga Kapten Affendi, TUDM tubuh jawatankuasa khas

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth malam tadi.

Perdana Menteri dalam catatan di Facebook miliknya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah,” menurut catatan itu.

Baca: Siasatan teknikal terperinci akan dijalankan – TUDM

Saksi dengar letupan kuat dua kali, api terus marak

Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM, Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

Ketika kejadian, kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, TUDM menubuhkan jawatankuasa khas siasat insiden pesawat Hawk 108.

Beliau berkata, siasatan akan dilakukan dalam pelbagai aspek termasuk operasi dan latihan.

Bagaimanapun beliau berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan menggantung penggunaan pesawat jenis berkenaan semasa siasatan.

Ikmal Hisham berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 15,000 kotak makanan daripada badan bukan kerajaan Bantu-Bantu Malaysia di Pangkalan Udara Subang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This