Lelaki India disahkan mati hidup semula

Dari Penulis

SEORANG lelaki di India yang diisytiharkan telah mati selepas kemalangan jalan raya mengejutkan saudara-maranya apabila dia didapati masih bernafas walaupun semalaman ditempatkan di dalam peti sejuk bilik mayat hospital.

AFP melaporkan, Srikesh Kumar, dikejarkan ke klinik dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah motosikal di Moradabad, timur ibu negara New Delhi.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah pusat perubatan swasta dan sebaik tiba, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh doktor, kelmarin.

Penguasa perubatan, Rajendra Kumar berkata, Jumaat lalu, ‘mayat’ Srikesh dibawa ke hospital kerajaan untuk proses bedah siasat, di mana pegawai perubatan kecemasan memeriksanya.

“Doktor kerajaan juga tidak menemui sebarang tanda menunjukkan pemuda itu masih hidup dan dengan itu mengisytiharkan kematiannya,”katanya.

Menurut doktor berkenaan, polis turut dimaklumkan berhubung kes kematian itu dan mayatnya dimasukkan ke dalam peti sejuk bilik mayat sehingga keluarga pemuda itu tiba enam jam kemudian.

“Apabila sepasukan polis dan keluarganya datang untuk membuka kertas kerja berhubung bedah siasat itu, dia ditemui masih hidup.

“Ini sudah tentu satu keajaiban yang besar,” katanya.

Rajendra turut memberitahu, lelaki berusia 45 tahun itu sedang menjalani rawatan lanjut dan masih dalam keadaan koma.

Sementara itu, satu siasatan sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana doktor tersilap mengumumkan kematian lelaki itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This