balasan kerana kentut

Kentut sembarangan dianggap tidak sopan, kentut berbunyi pula sangat memalukan. Hakikatnya kentut adalah satu proses biasa yang dialami oleh setiap manusia. Ia terjadi kerana proses keluarnya gas yang telah dihasilkan di saluran pencernaan melalui anus (dubur).

Kentut sering kali dianggap sesuatu yang menjelikkan hingga adakala mengundang derai tawa dan ejekan. Islam memandang perbuatan mentertawakan orang yang kentut sebagai sesuatu yang tercela.

Abdullah b. Zama’ah r.a. mengatakan, “Suatu hari Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah. Beliau menceritakan tentang kisah unta Nabi Shaleh a.s. yang disembelih oleh kaumnya yang mengingkarinya. Beliau menafsirkan firman Allah di surah as-Syams. Kemudian menasihati agar bersikap lembut terhadap wanita dan tidak boleh memukulnya.

Kemudian Baginda s.a.w. turut menasihati sikap sahabat yang tertawa ketika mendengar ada sahabat yang kentut, katanya, “Mengapa kalian mentertawakan kentut yang kalian juga biasa mengalaminya?” HR Bukhari & Muslim

Menurut Imam Ibnu Utsaimin, umumnya orang akan mentertawakan dan terhairan dengan sesuatu yang tidak pernah terjadi pada dirinya. Sementara sesuatu yang juga dialami dirinya, tidak selayaknya ia mentertawakannya.

Kerana itulah Baginda s.a.w. mencela orang yang mentertawakan kentut kerana kentut juga mereka biasa alami. Dan perbuatan ini termasuk adat banyak masyarakat.

Dalam Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan Turmuzi, al-Mubarokfuri mengatakan pula bahawa “dahulu para sahabat di masa jahiliah apabila ada salah seorang peserta majlis yang kentut mereka akan tertawa. Kemudian beliau melarang hal itu.”

Oleh itu jangan sesekali mentertawakan orang yang kentut sekalipun berbunyi dan berbau. Jadi apalagi kentutlah dan jangan ditahan-tahan.

___________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLink