Unit #MyMudah permudah persekitaran perniagaan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan memperkukuhkan inisiatif #MyMudah menerusi penubuhan unit tersebut di semua kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, unit #MyMudah yang sama juga dicadangkan ditubuhkan di peringkat kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta persatuan industri perlu.

Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang telah dipengerusikannya, hari ini.

Kata beliau, ia bagi bersama-sama memudahkan operasi perniagaan.

“Unit ini berfungsi untuk mengadakan semakan peraturan secara terancang bagi memudahkan persekitaran perniagaan untuk melonjakkan produktiviti dan daya saing.

“Selain itu, mesyuarat juga secara prinsip bersetuju membangunkan Platform Acara Perdagangan Bersepadu khusus untuk mempromosi bagi mempertingkatkan daya saing perdagangan dan nilai eksport negara secara digital selaras dengan landskap perdagangan baharu di era pendigitalan.

“Mesyuarat juga secara prinsip bersetuju mewujudkan Portal Maklumat Tunggal iaitu protal komprehensif merangkumi semua maklumat merentasi rantaian nilai eksport untuk memudahkan syarikat Malaysia terlibat secara aktif di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat EAC itu diadakan bagi membincangkan strategi memulih dan memperkukuh ekonomi negara pasca COVID-19 khususnya dengan meningkatkan usaha memudahcara urusan perniagaan serta memperkukuh perdagangan negara.

Baca artikel berkaitan: Segerakan pelaksanaan projek ekonomi, perniagaan – PM

Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mutapa Mohamed; pegawai-pegawai kanan kerajaan serta wakil-wakil ahli perniagaan yang mewakili industri melibatkan ekonomi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kementerian, kerajaan negeri, PBT serta agensi kerajaan Persekutuan dan negeri juga perlu komited merealisasikan program ujikaji peraturan.

Kata beliau, ia melibatkan pemegang taruh awam dan swasta secara bersama menilai kecekapan dan kesesuaian peraturan sedia ada.

Ismail Sabri memaklumkan, ia seterusnya mencadangkan beberapa kelonggaran peraturan berpandukan saranan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

“Pelaksanaan inisiatif ini diharap dapat membantu memudahcara urusan perniagaan seperti kelulusan permit pembinaan dan lesen operasi perniagaan di peringkat Persekutuan mahu pun negeri.

“Satu penanda aras antarabangsa juga akan dibuat terhadap negara-negara yang dikenal pasti mempunyai persekitaran perniagaan kondusif khususnya dalam aspek digitalisasi, model perniagaan yang efisien, keterbukaan pasaran dan tahap sokongan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This