SELAIN ditempatkan di stor, ada juga guru yang tidak divaksin diletakkan dalam bilik berhampiran tandas.

LEMBAGA Pengelola Institusi St Michael (BOG) menyokong tindakan pengetua sekolah itu mengasingkan seorang guru yang tidak divaksin, kata Pengerusinya, Tan Sri Lee Oi Hian.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkannya dengan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Simon Yeong Chin Chow hari ini, mereka bersetuju bahawa pengetua telah mematuhi semua prosedur dalam mengambil tindakan.

BOG dan Persatuan PIBG sekolah menambah bahawa mereka mengetahui prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta Kawalan Penyakit Jangkitan serta arahan daripada Kementerian Pendidikan.

“Pengetua kami telah mematuhi semua prosedur, dan BOG menyokong tindakannya,” tambah mereka dalam kenyataan itu.

BERITA BERKAITAN ‘Takkan ‘hukum’ guru tak vaksin sampai letak mereka tepi tandas..” NUTP bantah cara sekolah bertindak

Semalam, media melaporkan mengenai keluhan seorang guru yang ditempatkan berasingan di bilik stor sekolah itu kerana menolak daripada divaksin yang dimuat naik ke dalam aplikasi TikTok.

Pengetua SMK St Michael, Sit Wai Yin berkata, guru itu adalah satu-satunya guru yang masih belum mendapat dos vaksin Covid-19 dan dia tidak dibenarkan berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pelajar lain.

Video guru terbabit dimuat naik di TikTok pada Isnin lepas dan menerima lebih 1.2 juta tontonan.

Mengikut garis panduan pengurusan dan operasi sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian, mereka yang belum diberi vaksin atau menolaknya masih perlu pergi ke sekolah tetapi perlu mematuhi semua garis panduan dan arahan.

Mereka tidak dibenarkan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan tidak berada di dalam bilik atau kawasan yang sama dengan pelajar atau kakitangan sekolah yang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram