PENCARUM Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kini boleh mendapatkan informasi terkini mengenai caruman mereka di aplikasi mudah alih ‘PRIHATIN PERKESO’.

Aplikasi itu memberi kemudahan dan pengalaman digitalisasi kepada pencarum untuk mendapatkan informasi terkini hanya di hujung jari meliputi caruman bagi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 serta Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Perkeso dalam kenyataan menyebut aplikasi itu juga boleh digunakan bagi membuat permohonan Sistem Insurans Pekerja (SIP) Prihatin 2.0 atau Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Dengan adanya aplikasi ini, Perkeso akan terus memperkasa dan menyediakan jaringan perlindungan sosial yang lebih komprehensif dan menyeluruh kepada pemegang taruhnya,” menurut kenyataan itu.

Aplikasi PRIHATIN PERKESO boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store/Google Play.

Majlis pelancaran aplikasi itu disempurnakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan bersempena dengan Majlis Gala Sambutan Jubli Emas agensi berkenaan yang ke-50, malam ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram