SELEPAS dua tahun berehat, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani atau nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, luah teruja untuk kembali beraksi di atas pentas bagi menghiburkan para peminat mereka.

Walaupun sebelum ini keadaan kesihatannya tidak begitu baik, itu bukan menjadi asbab untuk dia memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert itu.

“Memang ada rasa gementar sebab dah dua tahun tak keluar tiba-tiba nak muncul dalam konsert besar, jadi ada rasa sedikit tekanan tapi dalam masa sama kita rasa gembira sebab nak jumpa peminat.

“Saya pun sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan. Kalau boleh saya nak tutup buku tentang masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya persediaan konsert itu nanti,” katanya memetik laporan mStar.

Kongsi Zamani lagi, dia akui khuatir jika terdapat perkara yang tidak dijangka akan berlaku dan dia berharap konsert itu akan berjalan dengan lancar.

“Cuma itulah kita takut ada benda yang tidak diingini berlaku, yang itu kita cuba elakkan. inshaAallah semoga semuanya dipermudahkan sehingga hari konser itu nanti,” ujarnya.

Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim kelima itu memaklumkan perkara ini ketika ditemui semasa sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dijangka, kumpulan Slam akan mengadakan konsert istimewa di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari 2022 dan harga tiket serendah RM130 hingga RM700 

Tambah Zamani yang menghidap penyakit skoliosis sejak 2019, keadaan kesihatannya semakin pulih selepas menerima rawatan yang dilakukan selama ini.

“Memang penyakit itu menganggu kemampuan vokal saya sebab tulang belakang itu menghimpit saraf.

“Tetapi alhamdulilah hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik. Selepas ini kami dah boleh berlatih bersama-sama sehingga hari konsert.

“Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan. Kalau ikutkan tarikh asal iaitu pada Januari lalu, tapi semasa itu memang saya masih sakit,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram