Harga barang: Faktor pencatutan rantaian nilai tak boleh ditolak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN harga barang makanan seperti ayam, telur dan sayur-sayuran telah menjadi isu ‘hangat’ dalam kalangan pengguna.

Kenaikan harga yang ‘tidak masuk akal’ telah membebankan pengguna lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berpendapat, faktor pencatutan dalam rantaian nilai selain peladang atau petani dan peruncit hingga menyebabkan harga barang naik tidak boleh ditolak.

Shahril sendiri sempat meluangkan masa turun ke lapangan bersama-sama pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur ke Pasar Keramat pagi tadi untuk memantau harga barang makanan.

Menurut beliau, harga barang memang mencatatkan peningkatan terutama apabila kos yang ditanggung peruncit turut naik.

Shahril berkata, dapatan di lapangan akan membantu kerjasama pelbagai agensi untuk berusaha menstabilkan kembali harga.

Baca artikel berkaitan: Tiga KPI 100 hari berjaya dicapai, fokus KPDNHEP kini stabilkan harga barangan

“Tidak boleh dinafikan, harga barang ada kenaikan walaupun tak sekata terutamanya apabila kos yang ditanggung oleh peruncit sendiri naik.

“Insya-Allah, dapatan-dapatan di lapangan akan membantu koordinasi pelbagai agensi untuk berusaha menstabilkan harga.

“Walaupun mengambil maklum kenaikan harga komoditi pasaran antarabangsa di luar kawalan dalaman, faktor pencatutan dalam rantaian nilai (selain peladang/petani dan peruncit) juga tidak boleh ditolak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Shahril turut difahamkan KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi-agensi berkaitan akan melipat ganda tindakan ke arah cadangan intervensi bagi pertimbangan kerajaan.

“Saya difahamkan aktiviti penguatkuasaan akan terus diperhebat di seluruh saluran rangkaian makan daripada peladang, pengedar sehingga peruncit.

“Terima kasih Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin dan pasukan penguatkuasa atas peluang untuk menyertai aktiviti penguatkuasaan KPDNHEP Kuaal Lumpur,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This