LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menjadi antara penerima Ijazah Kehormat sempena Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM), Khamis ini.
Chong Wei yang juga pemenang tiga kali pingat perak di Sukan Olimpik dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan USM.
Selain Chong Wei, USM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Dr. David Lacey iaitu tokoh yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara melalui kepakarannya dalam bidang sains.
Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, Chong Wei dan Dr. David akan menerima Ijazah Kehormat itu daripada Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, Perlis, Khamis ini.
Menurut beliau, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mempengerusikan Sidang Satu pada 2 Disember melibatkan penganugerahan kepada lima penerima utama.
“Upacara Konvokesyen Ke-58 USM akan bermula pada 2 Disember 2021 di Istana Arau, Perlis dan diikuti dengan sidang kedua hingga kesepuluh bermula 13 hingga 21 Disember 2021 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM, Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Chong Wei derma RM243,000 tambah katil rawat pesakit COVID-19 di Hospital Bukit Mertajam
Selain Chong Wei dan Dr. David, tiga penerima lain dalam sidang satu adalah Dr. Zhari Ismail iaitu bekas tenaga pengajar USM yang mempunyai kepakaran luas dalam penyelidikan herba tempatan dan farmaseutikal dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus.
“Di samping itu, bekas Naib Canselor Wanita pertama USM, Datuk Dr. Asma Ismail juga akan dianugerahkan gelaran Profesor Emerita.
“Seorang pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Khaw Teng Kang pula akan dinobatkan sebagai Penerima Pingat Emas Canselor (Pelajar Terbaik Segala Lapangan),” jelas beliau.
Sementara itu, Faisal Rafiq berkata, sejumlah 5,964 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Tinggi (Ph.D dan Sarjana sebanyak 1,899), Ijazah Sarjana Muda (4,031) dan Diploma Kejururawatan (34).
“Upacara konvokesyen ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Hanya graduan yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan menyertai upacara konvokesyen pada kali ini manakala untuk sidang dua hingga sidang 10 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

