KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkasakan lagi pemantauan dan penguatkuasaan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2024.
Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar berkata, antaranya dengan mengadakan pemantauan pada hari pertama pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 di Pasar raya Village Grocer, Bangsar Baru, Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Mohd Sayuthi, turun padang itu diadakan bagi memantau pelaksanaan pematuhan harga barangan yang dikawal di bawah SHMMP Krismas 2024 oleh para peniaga yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 27 Disember 2024 iaitu selama lima hari.
Jelas beliau, dalam turun padang itu juga pihaknya turut mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi bekalan dan harga barangan khususnya yang melibatkan sembilan item yang dikawal harganya di Semenanjung Malaysia.
“Manakala tambahan lima item barangan lagi dikawal harganya di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah keseluruhan barang yang dikawal adalah 14 item.
“KPDN berharap agar semua peniaga dapat mematuhi perundangan yang sedang berkuat kuasa terutamanya sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP Krismas 2024 ini dengan mematuhi harga-harga yang telah ditetapkan dan menggunakan label merah jambu bagi barangan yang dikawal harganya.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta boleh dikenakan penalti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Sayuthi berkata, pengguna juga disaran untuk sentiasa berhemah ketika berbelanja sepanjang musim perayaan ini.
Beliau berkata, menerusi inisiatif KITA GEMPUR, partisipasi orang ramai untuk bersama-sama dengan Kerajaan di dalam membanteras sebarang aktiviti manipulasi dalam perdagangan serta pelanggaran undang-undang berkaitan amat diperlukan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

