73 pelajar, guru SSP positif Covid-19, 65 dipindah ke MAEPS

Dari Penulis

SERAMAI 73 orang pelajar dan guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya disahkan positif Covid-19 setakat ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapannya berkata, mereka yang positif terdiri daripada dua guru dan 71 pelajar.

Menurutnya, ia hasil saringan ke atas 451 orang iaitu 13 orang guru, seorang petugas dan 437 pelajar.

“Semua guru dan pelajar (kecuali 4) lengkap vaksinasi.”65 pelajar dipindah ke MAEPS. Semua kategori 1 & 2A, all stable (kesemuanya stabil),” katanya.
Mengulas lanjut Khairy memberitahu, seramai242 orang kontak rapat dikuarantin denhan pelajar dikuarantin di asrama SSP.

“@KKMPutrajaya akan terus pantau keadaan kesihatan pesakit dan memberi rawatan yang terbaik. 
“Dapatkan vaksin dan amalkan #TRIIS. Ini sebahagian hidup bersama Covid-19.Penilaian risiko yang mantap dan cepat diasingkan,” katanya.

Malam tadi, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan seramai 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya didapati dijangkiti Covid-19.

Beliau turut hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau situasi yang berlaku di sekolah berasrama penuh (SBP) yang disifatkannya kes tertinggi membabitkan sekolah jenis itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This