PELAKON Nynaa Harizal meluahkan rasa syukur pergolakkan rumah tangganya telah berakhir apabila dia dan suami, Mohamed Fahmi Ilyas membuat keputusan untuk kembali berbaik semula, semalam.
Pelakon Dear Cinta itu berkongsi perasaannya menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.
“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermaknanya diri kamu kepada saya. ‘I love you so much my husband @fahmiilyas. ‘Till death do us apart’ (Hanya kematian memisahkan kita),” tulisnya.
Kemelut rumah tangga mereka mula mendapat perhatian apabila pada 3 November, Fahmi membuat laporan polis dan mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor.
Menurut Fahmi, dia tidak tahu serta tidak dimaklumkan di mana keberadaan isterinya. Namun, dia mengesyaki Nynaa dibawa ke rumah keluarganyadi Johor Bahru.
Pada 11 November lalu, Fahmi yang diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan agar isterinya kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Walau bagaimanapun, Nynaa bertindak memfailkan penceraian dengan Fahmi dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Enggan lagi membiarkan masalah terus tegang dan berpanjangan, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai kata sepakat untuk kembali berbaik dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

