Tiada adegan yang dipotong, Sumpahan Syaitan lulus LPF

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FILEM Sumpahan Syaitan yang bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac depan, telah lulus tayangan tanpa sebarang potongan dan mendapat klasifikasi PG13 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

Pengarah Sumpahan Syaitan, Roy berkata, dia sudah menjalankan kajian dengan bertemu pihak kementerian dan LPF sebelum memulakan penggambaran bagi mendapatkan nasihat.

“Sebelum mula penggambaran saya sudah bertemu pihak kementerian dan agensi terlibat bagi memastikan filem ini lulus tanpa sebarang potongan. Saya mahu memastikan tiada adegan yang dipotong supaya cerita tidak tergantung.

“Malah, saya mahu penonton memahami jalan cerita serta nilai yang ada dalam Sumpahan Syaitan. Itu mungkin sukar jika terlalu banyak adegan yang dipotong,” katanya.

Sumpahan Syaitan mengisahkan Sam lakonan Farid Kamil terpaksa melarikan diri selepas dirinya diperdaya skim pelaburan cepat kaya atau multilevel marketing.

Nasib Sam bertambah malang apabila berdepan pelbagai kejadian misteri dan seram ketika menyembunyikan diri di sebuah hotel milik sahabat baiknya, Malik (lakonan Datuk AC Mizal).

Filem terbitan D-Bay Filem Factory dan Red Firess Film Production itu menampilkan pelakon-pelakon hebat selain Farid iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Jelas Roy, Sumpahan Syaitan juga berjaya menggabubgkan sebahagian ahli kumpulan pelawak legenda Senario antaranya Azlee, Saiful Apek dan Yasin.

“Sumpahan Syaitan adalah sebuah filem seram komedi yang menggabungkan pelbagai adegan misteri tetapi pada sama menghiburkan dan memberi pengajaran.

“Memang pada awalnya saya mahu mengarah filem itu supaya mempunyai nilai komersialnya sendiri. Seram tetapi meriah.

“Saya harap filem ini mendapat sambutan. Lagipun sekarang trend penonton tempatan memberi sokongan kepada filem lokal,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This