Rasionalisasi perkhidmatan udara luar bandar – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan melaksanakan rasionalisasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) bagi menambah baik perkhidmatan disediakan MASwings.

Rasionalisasi berkenaan meliputi kajian semula objektif perkhidmatan udara luar bandar; implikasi kewangan; laluan dan kekerapan penerbangan RAS; kadar tambang yang dikenakan; pesawat yang diguna pakai serta mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat dinikmati penduduk luar bandar pada tahap terbaik.

Kata beliau, MASwings telah mula menyediakan RAS di Sarawak dan Sabah pada tahun 2008 melalui Perjanjian RAS yang ditandatangani pada 3 Julai 2008.

“Bermula tahun 2019, satu perjanjian baharu iaitu Perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar bagi Kewajipan Awam (PSO for RAS) telah ditandatangani pada 4 Julai 2019 antara kerajaan dengan MASwings bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan ini sehingga tahun 2024.

“Berdasarkan Perjanjian PSO for RAS ini, MASwings menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan di Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Lapangan Terbang Baharu Mukah rancak peluang ekonomi – PM

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, bagi laluan Mukah, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat Twin Otter iaitu laluan Kuching-Mukah dengan kekerapan 28 penerbangan seminggu dan Miri-Mukah dengan kekerapan tujuh penerbangan seminggu.

Selain itu, MASwings turut menyediakan laluan Sibu-Mukah dengan kekerapan tiga penerbangan seminggu dan Bintulu-Mukah dengan dua penerbangan seminggu.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut berbangga projek lapangan terbang tersebut dapat disiapkan walaupun negara berhadapan pandemik COVID-19.

“Ini bukan sahaja satu pencapaian yang hebat dalam bidang kejuruteraan, malah mengukuhkan lagi pencapaian Malaysia dalam sektor pengangkutan.

“Ia sememangnya satu pencapaian yang signifikan bagi Malaysia dan mencerminkan kejayaan serta kemajuan yang bakal kita capai sebagai sebuah negara serta simbol rakyat Malaysia yang bersatu-padu,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This