Ahli akademik saran hukum gantung pesalah rasuah, contohi kejayaan China

Dari Penulis

MASALAH rasuah yang masih berleluasa di negara ini menyebabkan masyarakat menjadi jemu dan mencadangkan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat, termasuk mengkaji pelaksanaan hukuman mati ke atas pesalah tersebut.

Pelaksanaan hukuman tersebut di China misalnya telah banyak berubah suasana budaya rasuah di negara tersebut dan seterusnya menjadikan jenayah kolar putih itu semakin berkurangan dan menyebabkan rankingnya di dunia semakin meningkat.

Dr Mohd Kamal Hassan

Bekas Rektor Ketiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang juga Profesor Ulung berkata, hukuman berat mampu menjadi penghalang atau mengerunkan masyarakat untuk melakukan kegiatan jenayah kolar tersebut.

“Cuba kita lihat China dan Indonesia pada suatu masa dahulu, kedua-dua negara ini mempunyai rekod paling teruk melibatkan fenomena korupsi. Namun undang-undang di Indonesia telah diubah dan dibentuk badan pencegah rasuah yang baharu bagi mengambil tindakan.

“Hukuman yang dikenakan kepada pesalah rasuah juga menjadi lebih berat. Semua ini dilihat berjaya menyekat perkembangan korupsi,” kata cendekiawan negara tersebut dalam wawancara bersama Sinar Harian.

Beliau berkata, begitu juga situasi yang berlaku di China apabila pemerintah komunis di negara itu berusaha menangani korupsi kerana ia menimbulkan satu masalah besar kepada negara republik itu.

“Maka pemerintah komunis di China memutuskan untuk mengenakan tindakan hukuman gantung kepada mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan rasuah,” katanya.

Katanya, beliau merasakan belum ada lagi di negara Islam mengenakan hukuman gantung kepada mereka yang didapati bersalah kerana perbuatan korupsi atau rasuah.

“Cuba kita buat seperti yang dilaksanakan oleh China itu. Barangkali isu korupsi akan terkawal. Insya-Allah,” tambahnya.

Dr Mohd Kamal berkata, sehubungan itu, undang-undang perlu diperbaharui dengan meningkatkan jumlah penalti yang berlipat kali ganda kepada mereka yang bersalah dalam isu korupsi dan rasuah.

BERITA BERKAITAN Aku janji PN tolak rasuah satu langkah ke hadapan

Beliau juga melahirkan rasa sedih melihat penuntut di universiti negara ini juga sudah terjebak dengan rasuah kerana ada kajian menunjukkan bahawa sebahagian daripada mahasiswa bersedia untuk melakukan perbuatan rasuah apabila bekerja kelak.

“Ia seolah-olah perkara itu tidak menjadi kesalahan. Untuk itu, cara mengatasi isu rasuah ini adalah dari peringkat awal lagi iaitu daripada ibu bapa itu sendiri,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak boleh mengharapkan universiti untuk melakukan kemurnian akhlak kepada mahasiswa sekiranya isu rasuah tidak dididik sejak awal usia.

“Keluarga adalah ‘sekolah’ yang sangat penting bagi menanam akhlak. Jika ibu bapa cakap kepada anak sejak dari kecil lagi jangan ambil duit orang dan jika mahukan pertolongan orang jangan bagi duit.
“Tanamkan pada diri anak-anak bahawa rasuah itu satu dosa besar. Orang yang memberi dan menerima rasuah, kedua-duanya akan berada di dalam neraka. Cuba tanamkan kesedaran ini berkali-kali dalam keluarga dan usaha murni ini pula diteruskan di peringkat sekolah, insya-Allah jika sudah berada di universiti mereka akan ada kesedaran,” tambahnya.

Katanya, namun beliau terus berharap agar pihak universiti juga meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru di sekolah kerana universiti adalah tempat mengeluarkan golongan pemimpin negara yang seharusnya mempunyai amanah.

“Apa yang berlaku sekarang adalah cerminan daripada kegagalan pendidikan moral yang berlaku di peringkat keluarga, sekolah dan kebudayaan Melayu. Kenapa saya tekankan kebudayaan Melayu? Ia kerana kaum Melayu banyak terlibat dalam soal rasuah politik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This