REKAAN pakaian yang unik yang diinspirasi berdasarkan kisah ‘7 Puteri Ulek Mayang’ berjaya meraih anugerah ‘Best National Costume‘ dalam Miss Grand International 2021 yang diadakan di Bangkok, semalam.
Bukan itu sahaja, gadis kelahiran Selangor ini turut mara ke pusingan Top 20 dan diberi peluang untuk memperagakan pakaian renang sekali lagi. Namun, Lishalliny tidak terpilih dalam senarai peserta untuk Top 10 di pertandingan akhir.
Lishalliny telah memuat naik foto busana ‘national costume’ yang digayakan olehnya pada pusingan awal pertandingan Miss Grand International 2021 pada 30 November yang lalu.
Sebaik sahaja foto tersebut dimuat naik di media sosial dalam pusingan awal baru-baru ini, rata-rata netizen mula meluahkan rasa kagum dan berharap pelajar jurusan arkitek ini berjaya meraih anugerah ‘Best National Costume’ untuk pertandingan Miss Grand International kali ini.
Selain daripada rakyat Malaysia, masyarakat dari negara luar turut memberi pujian buat Aldrin Grame kerana berjaya menghasilkan satu busana yang cukup luar biasa.
Bercerita mengenai pentas akhir pertandingan Miss Grand International 2021 pula, Matthew Deane selaku pengacara pertandingan tersebut mengumumkan Lishalliny sebagai pemenang bagi kategori ‘Best National Costume‘.
Bukan itu sahaja, gadis kelahiran Selangor ini turut mara ke pusingan Top 20 dan diberi peluang untuk memperagakan pakaian renang sekali lagi. Namun, rezeki Lishalliny terhenti di situ sahaja apabila namanya tidak disebut untuk Top 10.
Melalui media sosial, rata-rata penyokongnya mengucapkan tahniah buat Lishalliny di atas kejayaannya membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

