Kes COVID-19 masih lebih 5,000, kebolehjangkitan Perlis tertinggi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JANGKITAN COVID-19 seluruh negara masih kekal mencatatkan angka melebihi paras 5,000 buat hari ketiga berturut-turut.

Selepas mencatatkan peningkatan kepada 5,446 kes semalam, penularan bagaimanapun turun sedikit kepada 5,058 jangkitan hari ini.

Namun begitu, kadar COVID-19 masih tinggi berbanding turun kepada paras 4,000 untuk beberapa hari minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 telah pun mencecah 2.683 juta setakat ini.

“Pada 10 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,058 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Dalam hantaran berasingan, Dr. Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai R-naught (Rt) pada jangkaan mengikut kes seharian semalam menurun kepada 0.97.

Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 terus naik, catat 5,020 hari ini

Namun begitu, lima negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan melepasi paras 1.00 dengan Rt di Perlis tertinggi pada kadar 1.04.

Kadar kebolehjangkitan di Negeri Sembilan dan Melaka turut mencatatkan jumlah tinggi iaitu masing-masing pada paras 1.03.

Ia diikuti Pulau Pinang (1.02) dan Pahang (1.00).

Sarawak yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 18 Disember ini kekal mencatatkan kebolehjangkitan terendah iaitu 0.71.

Labuan yang sebelum ini merekodkan peningkatan Rt turut kembali menurun kepada 0.83.

Selangor pula mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi tahap nasional iaitu 0.98.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This