[VIDEO] Belasah murid baju merah, netizen gesa polis ambil tindakan segera dakwa ia perbuatan buli

Dari Penulis

KECOH di media sosial hari ini apabila tular beberapa klip video yang mendakwa satu kejadian buli berlaku di sebuah asrama sekolah membabitkan beberapa orang murid menumbuk dan menendang seorang murid lain.

Video yang dimuat naik dan dikongsi sejak awal pagi tadi itu ternyata menimbulkan kemarahan warganet yang mahu satu tindakan diambil pihak sekolah dan polis untuk menyiasat segera perkara tersebut.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang murid berbaju merah dipegang rakan sebelum beberapa murid lain bergilir-gilir membelasah.

“Mantap gila,” kata salah seorang pelajar dalam video tersebut selepas menumbuk murid berkenaan.

Dalam rakaman itu terdapat lebih daripada tujuh pelajar di dalam sebuah bilik dan berdasarkan video yang tular, lebih daripada seorang turut merakam kejadian itu berdasarkan beberapa sudut rakaman yang tersebar.

Baca artikel berkaitan: Persenda OKU di media sosial, polis giat kesan empat individu

Sementara itu, berdasarkan satu tangkap layar Twitter, seorang individu mendakwa kejadian dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara cawangan Sultan Azlan Shah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This