[VIDEO] Aspirasi Keluarga Malaysia : Pengunjung luah rasa puas hati

Dari Penulis

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia terus menjadi tumpuan apabila pengunjung hadir pada hari kedua untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuklah urusan pembayaran saman.

Menurut pelajar universiti tempatan, Muhd Syafiq Haiqal Supaizam, 19, walaupun perlu beratur panjang untuk membayar saman, ia sangat berbaloi kerana diskaun yang diberikan sangat memuaskan.

Muhd Syafiq Haiqal

“Ini dapat meringankan beban rakyat,” katanya ketika ditemui UtusanTV di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Jelasnya, sebagai pelajar, jumlah saman yang perlu dibayar adalah tinggi dan dengan adanya diskaun ini, ia banyak membantu.

“Terima kasih kerajaan kerana mengambil berat hal rakyat. Terdapat ruang untuk kami lunaskan hutang yang telah dikenakan. Diskaun yg diberikan dan ditawarkan, diterima secara positif serta baik oleh rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Seorang lagi pengunjung, Nurain Amirah Nasa Rudin, 25, menjelaskan diskaun pembayaran saman yang diberikan ini sangat mendorong rakyat untuk hadir dalam program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Saya datang ke program ini untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai agensi dan pada masa yang sama adalah untuk menjelaskan saman. Pada sesiapa yang banyak saman, bolehlah datang dan rebutkan peluang ini,” katanya

Baca artikel berkaitan: Rakyat Malaysia punya jiwa kuat terus maju, bangkit bersama – PM

Parameswaran

Manakala Parameswaran Kunaseigaran, 34, mengatakan dia datang ke program tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat produk usahawan tempatan.

“Saya dimaklumkan ada pelbagai pameran dari kementerian, agensi kerajaan dan usahawan. Jadi saya mengunakan peluang ini untuk mendapat informasi serta melihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh kementerian dan agensi,” katanya.

Sementara itu, staf pempamer, Nur Nadirah Syuhada Mohamad Zim, 25, berkata, program ini mendedahkan produk mangkuk tingkat jenama Tiffin Jeiwa kepada orang ramai.

“Mangkuk tingkat ini unik kerana ia diukir menggunakan tangan. Sebab itulah ia bernilai dan berbaloi untuk dimiliki.

Nur Nadirah Syuhada

“Tiffin itu sendiri adalah nama mangkuk tingkat dan Jeiwa itu merujuk kepada (Johor Empowerment of Intellectual Women Association),” katanya.

Pempamer gerai Summerfield, Hamim Syahril Abu Hassan Ashaari, 41, berkata, dia membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi usahawan dan turut bersyukur bisnes dapat dikembangkan melalui program ini.

“Kami membuka peluang semua orang untuk menjadi usahawan bagi produk Summerfield dan HydroCoco, yang mana ia akan membantu untuk menjana pendapatan.

“Kami membuka peluang orang ramai menjadi pengedar dan ejen jualan bersama dengan bisnes kami,” ujarnya.

Hari kedua program ini menyaksikan seawal jam 9 pagi, pengunjung sudah mula beratur untuk memasuki ke dewan pameran dan aktiviti. Sehingga petang ini, masih ramai pengunjung yang hadir untuk terus menyertai dan menyaksikan prorgam yang berakhir 10 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This