Buli, tumbuk murid baju merah bukan bawah sekolah KPM- Radzi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INSIDEN didakwa kejadian buli membabitkan beberapa murid menumbuk seorang murid baju merah yang tular dalam media sosial tidak melibatkan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Perkara itu disahkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Namun begitu, Radzi memaklumkan, KPM telah pun berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid dipukul di sebuah asrama.

“Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Kecoh di media sosial hari ini apabila tular beberapa klip video yang mendakwa satu kejadian buli berlaku di sebuah asrama sekolah membabitkan beberapa orang murid menumbuk dan menendang seorang murid lain.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Belasah murid baju merah, netizen gesa polis ambil tindakan segera dakwa ia perbuatan buli

Video yang dimuat naik dan dikongsi sejak awal pagi tadi itu ternyata menimbulkan kemarahan warganet yang mahu satu tindakan diambil pihak sekolah dan polis untuk menyiasat segera perkara tersebut.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang murid baju merah dipegang rakan sebelum beberapa murid lain bergilir-gilir membelasah.

“Mantap gila,” kata salah seorang pelajar dalam video tersebut selepas menumbuk murid berkenaan.

Dalam rakaman itu terdapat lebih daripada tujuh pelajar di dalam sebuah bilik dan berdasarkan video yang tular, lebih daripada seorang turut merakam kejadian itu berdasarkan beberapa sudut rakaman yang tersebar.

Sementara itu, berdasarkan satu tangkap layar Twitter, seorang individu mendakwa kejadian dilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara cawangan Sultan Azlan Shah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Artemis Accords bukan untuk hantar rakyat Malaysia ke bulan

PENYERTAAN Malaysia dalam Artemis Accords bukan bertujuan untuk menghantar rakyat Malaysia ke bulan kerana program itu tidak bertujuan ke...

More Articles Like This