Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

Dari Penulis

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan, dekat Daerah Tak Bai, Narathiwat, hari ini. 

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, salah seorang daripada mereka, Abdullah Syarapi Abd Rahman, 45, dari Kelantan mengalami kecederaan akibat serpihan bom di bahagian dahi, kecederaan serius pada kaki kiri dan kecederaan di kepala.

Sementara itu seorang lagi mangsa yang dikenal pasti sebagai Yusri Udin, 38, pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Baca: Bau busuk bawa penemuan mayat wanita dalam bagasi di pangsapuri

Menurut beliau, dalam kejadian pada pukul 11.41 pagi tadi waktu tempatan, kedua-dua mangsa yang menaiki sebuah kenderaan berdaftar Malaysia cedera apabila alat letupan buatan sendiri (iED) yang dipasang di bawah pembentung jalan itu meletup.

Katanya, kedua-dua mangsa telah digegaskan ke Hospital Narathiwat untuk menerima rawatan selepas diselamatkan di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, lokasi letupan itu dikepung oleh anggota-anggota keselamatan yang turut menutup laluan sepanjang satu kilometer.

Laluan yang ditutup itu melibatkan antara persimpangan Sapom dan kawasan pusingan U berhampiran sebuah kuari pasir.

“Pasukan Unit Pemusnah Bom (EOD) dan pegawai forensik turut dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.


“Kenderaan berdaftar Malaysia yang dinaiki mangsa turut mengalami kerosakan akibat letupan itu,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Prayong menambah, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This