“Kurangkan konflik, jangan bercakaran…” – Nasihat Annuar Musa buat penggiat seni

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENGGIAT seni perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.

Menteri Komunikasi dan Miultimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata, segala percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar dengan misi kerajaan yang mempromosi konsep Keluarga Malaysia.

“Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Jika ada idea yang bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang. 

“Tidak perlu masuk media sosial untuk menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.

“Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak kena kurangkan konflik. Buat apa  cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.

“Jadi semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya sebagai bapa atau datuk mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita. Tak perlu timbulkan polemik yang tidak baik,” ujar Ahli Parlimen Ketereh itu. 

Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara petang tadi. 

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Md Nasir Ibrahim serta Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Bagaimanapun kata beliau, persatuan artis sepatutnya  kurangkan percakaran bukan bermakna tidak boleh ada sebarang perbezaan pendapat.

Dalam masa yang sama, Annuar juga turut menegur sikap segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival ini.

Katanya, mereka sepatutnya memberi sokongan memandangkan FFM adalah majlis yang diadakan untuk meraikan kru filem.

“Saya faham dalam situasi pandemik masa sekarang, mungkin ada yang terlepas pandang memandangkan mereka kembali bekerja setelah hampir dua tahun tidak bekerja kerana pandemik COVID-19. 

“Bagaimanapun kalau dilihat segala publisiti yang dihebahkan di media, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.

“Wartawan dan televisyen memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tidak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” ujarnya. 

FFM31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  yang mempertaruhkan 55 buah filem.

Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This