Aneh, gunung di China ini mengeluarkan ‘telur’ setiap 30 tahun sekali

Dari Penulis

GUNUNG bertelur? Bunyinya memang aneh, namun itulah yang diperkatakan tentang sebuah gunung di China.

Terletak dalam wilayah Guizhou, Gunung Gandeng telah menarik perhatian ramai pengkaji kerana keanehannya. Pada sebahagian dinding gunung yang dikatakan telah wujud sejak 500 juta tahun ini, muncul ‘batu telur’ yang dikatakan akan gugur ke tanah setiap 30 tahun sekali.

Bagi penduduk kampung di kawasan gunung ini, mereka sudah sekian lama tahu tentang kewujudan ‘telur gunung’ itu. Namun, hanya beberapa tahun lalu kisah keanehan gunung yang mengeluarkan ‘telur’ itu tersebar ke luar, menyebabkan perkampungan mereka mula menjadi tumpuan para media dan pengkaji dari seluruh dunia.

Penduduk kampung di kawasan pergunungan ini sudah lama mengetahui tentang batu telur tersebut.

Mereka yang datang melihatnya juga berasa takjub. abaran ini bukan cerita rekaan. Gunung ini bukan menghasilkan sebiji dua ‘telur’, tetapi dalam kuantiti yang banyak.

Berdasarkan perkongsian penduduk setempat, kejadian seumpama ini telah berlaku sejak sekian lama. Difahamkan, kemunculan batuan kecil berbentuk bujur seperti telur ini telah terjadi sebelum kaum minoriti Shui menduduki kawasan terbabit sejak 1000 tahun lalu.

Fenomena aneh ini dikatakan berlaku pada satu tempoh tertentu. Mengikut cerita, batu bulat seperti telur ini akan muncul pada dinding batu dan akan luruh hanya setiap 30 tahun sekali. Selepas proses itu, keseluruhan dinding batu berkenaan akan dipenuhi telur baru sama seperti sebelumnya.

Batu seakan telur ini muncul di permukaan dinding gunung dan akan luruh setiap 30 tahun sekali.

Malah, para saintis ketika mula menjalankan kajian di situ turut bingung bagaimana fenomena aneh itu berlaku. Lapor media antarabangsa, DW News yang berpusat di Jerman menyatakan, bahagian dinding batu tersebut merangkumi keluasan kira-kira 20 meter panjang dan enam meter lebar. Bagi penduduk setempat, mereka menggelar lokasi dinding batu itu dengan satu nama khas dipanggil ‘Chan Dan Ya’.

Bagi penduduk tempatan di situ, kemunculan batu bulat seperti telur ini dianggap sebagai petanda baik. Mereka percaya kononnya kehadiran ‘telur gunung’ itu mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Sebab itu, setiap kali batu ini terpisah dari dinding asal, penduduk di sini akan mengutip dan menyimpannya di dalam rumah. Kebiasaannya, mereka menyimpan batu ini untuk digunakan dalam upacara pemujaan.

Penduduk tempatan percaya telur gunung ini membawa petanda baik.

Amalan ini dipercayai telah dilakukan sejak zaman nenek moyang mereka lagi. Mereka percaya, sesiapa yang menyimpan ‘telur gunung’ ini di dalam rumah akan memperoleh rezeki melimpah ruah serta kebahagiaan sepanjang hayat.

Berdasarkan analisis ke atas batu ini mendapati, ia muncul dalam pelbagai saiz antara 299.72 milimeter hingga 599.44 milimeter. Manakala ukuran berat pula, batu ini mampu mencapai berat sehingga 300 kilogram.

Jika dilihat daripada aspek morfologi pula, batuan menyerupai telur ini berwarna biru kehitaman. Manakala, bahagian lapisan luar ia kelihatan rata dan licin sama seperti batu sungai. 

Oleh sebab fenomena aneh ini berlaku di China, segala urusan dokumentasi atau kajian lanjut hanya boleh dilakukan oleh para saintis di negara itu sahaja. Sejak kisah telur gunung ini tersebar, para saintis negara berkenaan bertungkus-lumus melakukan kajian. Tetapi hasil kajian itu tidak terlalu didedahkan kepada umum.

Bagimanapun, sejak akhir-akhir bukti penemuan baru mengenai fenomena abnormal itu mula didedahkan sedikit demi sedikit. Salah seorang saintis dari Biro Eksplorasi Mineral, Geologi  dan Pembangunan Wilayah  Guizhou, Dr. Wang Shangyan ada mengemukakan hipotesis tentang perkara tersebut.

Menurutnya, kemunculan telur batu berkenaan terhasil menerusi proses geologi daripada molekul karbonat kira-kira 500 juta tahun lalu (merujuk pada era Cambrian). Proses semula jadi ini kebiasaan terjadi di dalam laut. Lantaran itu, beliau tidak menolak kemungkinan kawasan gunung itu pernah dinaiki air laut suatu ketika dahulu.

Dr. Wang juga menjelaskan, batuan yang terdapat di gunung itu dikenal pasti daripada jenis batu lumpur. Ia terhasil menerusi kombinasi tanah liat dan lumpur. Batu ini  memiliki banyak lapisan halus dan bersifat mudah pecah. Oleh sebab itu, agen penghakisan seperti cuaca menjadi faktor kemunculan batu berbentuk seperti telur ini.

Penjelasan dibuat oleh Dr. Wang ternyata dipersetujui oleh rakan sejawatnya dari Institut Geologi dan Geofizik Akademi Sains China, Profesor Xu Ronghua. Namun, pengkaji ini juga mengemukakan hujah tersendiri dan mengaitkan kewujudan batu itu akibat proses pembentukan silikon dioksida.

__________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This