Mahkamah tolak permohonan 3 belia untuk mengundi di PRN Sarawak

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi di Kuching hari ini menolak tindakan undang-undang oleh tiga belia Sarawak untuk menggunakan hak mengundi mereka di bawah Undi18 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12, dan memutuskan bahawa hak mengundi automatik tidak bermakna boleh berlaku dengan serta-merta.

Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai berkata di bawah peraturan pilihan raya atau yang baharu (Undi18) yang akan berkuat kuasa pada 15 Dis, terdapat proses yang perlu diikuti sebelum seseorang  berumur 18 tahun didaftarkan dalam senarai boleh mengundi.

“Pendaftaran pemilih automatik tidak bermakna pendaftaran pengundi boleh berlaku dengan serta-merta,” katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menolak permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh Avril Clarice Chin Ning, 18, dan Ivan Alexander Ong dan Addam Johanson Jeremy Shayne, kedua-duanya 19,  terhadap Pendaftar Pemilih Sarawak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Tindakan undang-undang itu dibuat berikutan pewartaan Undi18 pada 15 Dis, manakala PRN Sarawak pada 18 Dis menggunakan daftar pemilih yang dikemas kini kali terakhir pada 2 Nov.

Dalam permohonan itu, ketiga-tiga belia berkenaan antara lain memohon pengisytiharan bahawa mereka akan menjadi warganegara yang berhak mengundi dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan selepas 15 Dis tahun ini, untuk membatalkan Notis Pilihan Raya (pengundian ditetapkan pada 18 Dis) dan membatalkan Notis Daftar Pemilih (yang diwartakan pada suku kedua tahun ini).

Mereka juga memohon perintah yang bersifat mandamus untuk mengarahkan responden mengambil langkah segera untuk memastikan pemohon (belia) dan warganegara lain yang berhak mengundi di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dimasukkan ke dalam daftar pemilih tambahan untuk pilihan raya negeri akan datang dan sebagainya.

Pemohon diwakili peguam Clement Wong, George Lo dan Simon Siah manakala Peguam KAnan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mewkaili SPR. 

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This