SPRM peroleh perintah larang pihak tertentu akses harta berkait 1MDB berjumlah AS340 juta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berjaya memperoleh Perintah Larangan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan harta-harta melibatkan dana berkait 1Malaysia Development Bh (1MDB) berjumlah AS340 juta.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harta tersebut ketika in berada di luar Malaysia dan berada dalam simpanan Court Fund Office, United Kingdom.

Menurut SPRM, perintah larangan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mod Salleh pada 10 Disember lalu selepas berpuas hati dengan bukti dikemukakan pihak pendakwaan yang menunjukkan bahawa dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Perintah in juga sekali gus turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan.

“Perintah Larangan ini dibuat mengikut Seksyen 53 Aka Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan pada 2020,” jelas kenyataan itu.

SPRM menambah, sebelum ini, pada 13 Mac lalu, SPRM juga turut berjaya mendapatkan Perintah Larangan ke atas 41 barangan kemas di Hong Kong bernilai Pound Sterling (GBP) 9,417,842.60 milk Tarek Obaid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This