Hikmah pemakaian tali pinggang keledar belakang

Dari Penulis

Ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya. Namun, tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, individu yang paling parah mengalami kecederaan adalah mereka yang duduk di belakang?

Mungkin perkara ini tidak pernah terlintas di fikiran anda, tetapi itulah hakikatnya.

Individu yang duduk di belakang, mempunyai risiko yang lebih besar untuk mengalami kecederaan serius berbanding pemandu di hadapan, jika mereka tidak memakai tali pinggang keledar belakang.

Hentaman kuat akibat kemalangan akan mengakibatkan penumpang yang duduk di belakang kereta, melantun dan tercampak ke bahagian hadapan kereta.

Jika kemalangan berlaku, hentaman akibat perlanggaran kereta menyebabkan beban berat seseorang penumpang di belakang meningkat dan ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hingga terkena bahagian cermin hadapan kereta.

Jadi secara rasionalnya menunjukkan betapa pentingnya pemakaian tali pinggang keledar belakang bagi penumpang yang duduk di belakang.

Jika anda fakir, hanya pemandu dan penumpang hadapan sahaja diwajibkan memakai tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan selepas ini, tali pinggang keledar juga digunakan oleh penumpang di belakang kereta kerana ia berupaya melindungi anda dan penumpang anda daripada mengalami kecederaan.

Sebenarnya, penumpang di belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang risiko dan membahayakan pemandu dan penumpang di hadapan.

Pada kelajuan 50 kilometer sejam, penumpang di belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak seberat 2.4 tan.

Berdasarkan perangkaan tahun 2007, penggunaan tali pinggang keledar belakang oleh semua penumpang kenderaan persendirian berupaya menyelamatkan 175 kematian, 350 kes cedera parah dan 1,050 kes cedera ringan.

PERINGATAN

Pelaksanaan inisiatif tali pinggang keledar belakang mampu:

● Mengurangkan 50 peratus kadar kematian.

● Mengurangkan 45 peratus kecederaan parah.

● Mengurangkan 50 peratus kecederaan ringan bagi penumpang di belakang.

● Mengurangkan 75 peratus risiko pemandu dan penumpang di hadapan.

TALI PINGGANG KELEDAR & KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK

Pemakaian dan penggunaan tali pinggang keledar serta kerusi keselamatan bagi kanak-kanak dan bayi juga adala amat digalakkan bagi tujuan keselamatan, namun ia masih tidak diwajibkan.

Pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) sendiri menasihatkan para ibu bapa agar menggunakan tali pinggang keledar bersama kerusi atau jenis tempat duduk keselamatan kereta mengikut umur atau berat  kanak-kanak  atau bayi.

● Kerusi keselamatan bayi – Sesuai untuk bayi baru lahir hingga umur 1 tahun, berat sehingga 9 kilogram dan tidak berupaya menyokong kepalanya dengan betul.

● Kerusi keselamatan kanak-kanak – Sesuai untuk bayi berusia 9 bulan hingga hampir 1 tahun, berat di antara 9 hingga 18 kilogram.

● Kerusi penggalas – Bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun, berat di antara 15 hingga 36 kilogram.

Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang ini hendaklah dilihat dari sudut keselamatan di jalan raya sebagai usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya.

Masyarakat perlu yakin bahawa peraturan pemakaian tali pinggang keledar belakang ini adalah satu langkah bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna di jalan raya.

Tetapi ia perlu dijayakan dengan bersungguh-sungguh daripada semua pihak terutamanya pemandu kenderaan itu sendiri. Ingatlah, malang itu tidak berbau dan undang-undang perlu dipatuhi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This