DAKWAAN beberapa media perdana yang menyatakan bahawa 176 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian menyokong Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan UMNO adalah tidak tepat dan tidak berasas.
Sumber terdekat dengan beberapa Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyifatkan kenyataan Setiausaha Pemuda UMNO baru-baru ini telah disalahtafsir dan diputarbelitkan.
“Kami tidak menerima beberapa keputusan lagi daripada semua bahagian dan masih ada beberapa Ketua Pemuda dan Bahagian yang belum pun mengadakan mesyuarat Pemuda di tempat masing-masing,” kata sumber itu.
Sumber tersebut menyatakan seharusnya usul utama yang perlu dibangkitkan adalah usul membantu rakyat selepas zaman endemik, usul memperkasakan ekonomi rakyat dan menjaga kepentingan rakyat patut dijadikan keutamaan pemuda untuk dibawa semasa Perhimpunan Agong UMNO nanti.
Dengan perubahan undi 18 juga pada PRU-15 akan datang, seharusnya Pergerakan Pemuda UMNO harus meneliti usul usia Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang patut diturunkan selaras usia Ketua-Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekarang dan usul salah seorang daripada Naib Presiden mesti di bawah 50 tahun, tambah sumber itu.
“Rakyat kini bukan nak lihat UMNO fikirkan pasal PRU, tapi seharusnya mempercepatkan bantuan dan inisiatif-inisiatif kemudahan buat peniaga dan golongan B40.
“UMNO ingat bila usul PRU diadakan segera, UMNO mampu mendapat mandat rakyat? Jangan hanya kerana PRN Melaka, kita tergesa-gesa nak buat PRU dan merasa UMNO sudah boleh kembali berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, apabila melihat kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Pemuda UMNO setelah disalahtafsir oleh media, rata-rata komen netizen mula meluat dengan usul yang diketengahkan.
Seharusnya UMNO harus membantu Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu rakyat dan merealisasikan belanjawan 2021 untuk disegerakan, katanya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

