[VIDEO] Isteri Perdana Menteri turun padang lawat mangsa banjir

Dari Penulis

MANGSA banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor hari ini, terkejut dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang menyantuni mereka.

Muhaini dan anak sulungnya Nina Sabrina yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol bertanya khabar keadaan mangsa-mangsa selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan ke PPS sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.

Baca: Ganti dokumen peribadi percuma untuk mangsa banjir – Hamzah

Mangsa banjir meningkat lebih 61,000 di Selangor dan Pahang setakat tengah hari

Datin Seri Muhaini Zainal Abidin ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This