SEBANYAK empat lagi kematian akibat bencana banjir dilaporkan di Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kematian itu melibatkan dua lelaki dan dua perempuan.
Namun begitu, beliau berkata, bangsa atau warganegara kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti.
“Pertambahan kematian hari ini membuatkan jumlah keseluruhan adalah 12 kematian melibatkan tujuh lelaki dan lima perempuan.
“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Besar Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Baharudin memaklumkan seramai 3,982 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah Shah Alam.
Baca artikel berkaitan: Banjir di Selangor ragut 9 nyawa, 6 daripadanya di Taman Sri Muda
Kata beliau, PPS Sekolah Kebangsaan Alam Megah menyaksikan jumlah tertinggi iaitu seramai 1,725 individu diikuti PPS Kemuning Utama yang menempatkan 354 orang.
Menurutnya, seramai 583 orang telah dipindahkan hari ini dan telah dibawa ke PPS atau pulang ke rumah masing-masing.
“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah membuka dua buah pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) iaitu di PKTK 1, Taman Sri Muda dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama.
“Selain itu, IPD Shah Alam juga telah membuka dua khemah sebagai tempat penyaluran bantuan makanan, pakaian terpakai dan barang-barang keperluan harian kepada mangsa yang terjejas dengan banjir,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

