SERAMAI 31 individu telah ditahan polis kerana disyaki memecah dan mencuri barangan sebuah pasar raya di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua yang ditahan merupakan warganegara asing.
Kata beliau, ia terdiri daripada 10 warganegara Indonesia; tujuh Bangladesh; sembilan Nepal dan lima warganegara Myanmar.
Baharudin berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Terdapat kejadian pecah dan ceroboh di sebuah pasar raya di Taman Sri Muda di mana pihak Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah membuat tangkapan seramai 31 orang.
“IPD Shah Alam telah meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas dengan banjir.
“Sehubungan itu, polis menyeru dan menasihati orang ramai di kawasan-kawasan terjejas agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang di mana polis akan mengambil tindakan tegas atas kesalahan jenayah yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Premis dipecah masuk: Ameer Ali halalkan, netizen puji Mydin
Hari ini, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan barang yang diambil mangsa banjir atas nama untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Menurutnya, beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai premis Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

