Banjir: Kepadatan penduduk punca koordinasi perlahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPADATAN penduduk terutama di Taman Sri Muda, Shah Alam disifatkan menjadi punca koordinasi bantuan menyelamat yang perlahan pada hari pertama bencana banjir, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keadaan lokasi dan bentuk tempat yang padat menjadi cabaran besar kepada pasukan penyelamat untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terjejas.

Namun begitu, kata beliau, koordinasi semua agensi penyelamat semakin baik menjelang hari kedua proses menyelamat.

“Kita dapati koordinasi semua agensi pada awalnya agak perlahan tetapi pada hari kedua kita telah pun menggerakkan semua tindakan positif daripada semua agensi.

“Kebanyakan mangsa banjir di Shah Alam berada di rumah teres dan apartmen, jadi kepadatan penduduk di sini agak berbeza dengan negeri-negeri lain seperti di Pahang, Kelantan atau Terengganu di mana urusan pemindahan berlaku dengan mudah.

“Namun begitu, kita telah berjaya meningkatkan keupayaan semua agensi untuk pastikan hampir semua yang terlibat dapat dibantu,” katanya dalam sidang akhbat di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini.

Baca artikel berkaitan: 37 kematian akibat banjir, 10 masih hilang – Acryl Sani

Mengulas mengenai talian kecemasan 999 yang gagal dihubungi sewaktu hari pertama kejadian banjir, Acryl Sani menegaskan akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut.

“Talian kecemasan 999 itu sepatutnya berfungsi setiap masa.

“Saya pun baru pertama kali dengar bahawa ia tak dapat dihubungi jadi saya akan dapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut,” jelas beliau.

Pada masa sama, Acryl Sani turut menzahirkan penghargaan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk yang turut sama menyertai misi menyelamat serta memberikan bantuan.

“Kami sangat terhutang budi kepada NGO dan persatuan penduduk yang begitu aktif, mereka ini sebenarnya wira tak didendang tanpa mengharapkan apa-apa pengiktirafan pun.

“Terima kasih kepada mereka, saya harap mereka akan terus membantu bukan sahaja kepada agensi kerajaan tetapi juga kepada penduduk setempat,” kata beliau lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This