Sela masa dos penggalak penerima Pfizer, AstraZeneca selepas tiga bulan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELA masa bagi penerima Pfizer dan AstraZeneca di Malaysia telah ditetapkan dalam tempoh tiga bulan selepas menerima dos vaksin primer masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, janji temu akan diberikan kepada penerima yang layak dengan keutamaan mengikut turutan umur dan mengambil kira status kesihatan.

Menurut beliau, sebahagian besar penduduk dewasa di negara ini yang layak dijangka menerima dos penggalak pada bulan Januari dan Februari tahun hadapan.

Khairy memaklumkan, keputusan itu dilaksanakan sejajar dengan saranan Kumpulan Kerja Teknikal Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pemberian dos penggalak.

“Semua warga emas berumur 60 tahun ke atas dan semua individu dewasa yang menerima semua jenis vaksin sama ada Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac amat disyorkan menerima vaksin penggalak sekurang-kurangnya tiga bulan selepas menerima vaksin primer.

“Kita akan buka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan klinik kesihatan swasta bagi pemberian dos penggalak ini sama seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: 49 lagi kes jangkitan Omicron dikesan – Khairy

Khairy memaklumkan, hasil dapatan daripada data kajian klinikal termasuk The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme (RECoVaM) menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap jangkitan COVID-19 berkurangan mengikut masa.

Katanya, data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi lebih tinggi daripada imuniti disebabkan vaksin atau jangkitan semula jadi.

Selain itu, Khairy berkata, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawa vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan Omicron.

“Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This