POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan rondaan serta pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang ambang tahun baharu, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, peningkatan rondaan pemantauan itu bagi memastikan SOP PPN dipatuhi orang ramai.
Pada masa sama, kata beliau, ia juga bagi mengelakkan orang ramai berkumpul bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Menurut Acryl Sani, semua Pesuruhjaya Polis Negeri, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah telah diarahkan untuk meningkatkan rondaan.
“Peningkatan rondaan pemantauan ke atas lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai berkumpul sempena ambang tahun baharu.
“Tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar SOP PPN tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: 46 kematian akibat banjir, lima masih hilang – Acryl Sani
Acryl Sani turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan pematuhan SOP.
“Kerjasama semua pihak dalam aspek ini adalah penting memandangkan pandemik COVID-19 masih merupakan ancaman kesihatan serius yang perlu dibendung,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

