SKM sumbang RM200,000 bantu mangsa banjir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) bersama Gerakan Koperasi Malaysia mengambil inisiatif menyumbang RM200,000 bagi membantu mangsa banjir di beberapa negeri, baru-baru ini.

Sumbangan yang dikumpul itu adalah dalam bentuk barangan keperluan asas, makanan, pakaian, wang tunai serta peralatan pembersihan.

Kesemua sumbangan barangan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Tanjung Karang.

Pada masa sama, SKM dan Gerakan Koperasi Malaysia turut melaksanakan misi bantuan pasca banjir di daerah Temerloh dan Mentakab, Pahang.

Seramai 24 anggota sukarelawan terdiri daripada kakitangan SKM serta 10 buah koperasi turut terlibat mengedarkan bantuan serta kerja-kerja pembersihan.

Antara koperasi yang terlibat adalah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra); Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) serta Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas).

Baca artikel berkaitan: Zazali Haron dilantik Pengerusi Eksekutif baharu SKM

Pengerusi Koputra merangkap Pengerusi Program, Zaharuddin Alias yang mengetuai misi pasca banjir di Temerloh dan Mentakab berkata, program tersebut bersesuaian dengan prinsip ketujuh gerakan koperasi iaitu prihatin terhadap masyarakat.

Kata beliau, misi pasca banjir itu terbahagi kepada dua fasa iaitu menyalurkan sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Fasa kedua pula, kata Zaharuddin adalah membantu kerja-kerja pembersihan rumah anggota koperasi yang terjejas banjir di Mentakab dan Temerloh.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bantuan Banjir SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia ini akan diteruskan ke tiga lagi lokasi iaitu Hulu Langat, Kuala Selangor dan Lanchang, Pahang, esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This