HARI ini hari terakhir bagi tahun 2021 dan jumlah penduduk negara ini yang dijangkiti COVID-19 terus meningkat secara keseluruhan, walaupun perbandingan secara harian menunjukkan jumlah kes baharu hari ini lebih rendah dari semalam.
Malaysia hari ini merekodkan 3,573 jangkitan kes baharu bagi tempoh 24 jam lepas (sehingga tengah hari), iaitu penurunan sebanyak 424 kes berbanding semalam yang mencatatkan 3,997 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,758,086 kes dengan sehingga semalam 2,681,390 pesakit telah sembuh, dan 31,462 kes kematian.
KKM juga melaporkan sehingga semalam 41,661 kes masih aktif, termasuk 34,522 pesakit dikatakan menjalani kuarantin di rumah; 3,326 ditempatkan di PKRC; 3,532 dimasukkan ke hospital; dan 281 pesakit dirawat di ICU, dengan 155 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mula memakaikan peranti pengesanan digital kepada semua jemaah yang pulang setelah mengerjakan umrah di Arab Saudi.
Sepasukan 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) membuka 20 kaunter di bangunan Satelit C25 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu proses pemakaian peranti digital itu.
BERITA BERKAITAN 55 jemaah umrah Malaysia dikuarantin di Mekah kerana positif COVID-19
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt mengikut kes seharian semalam, untuk seluruh negara adalah pada nilai 0.98, naik lagi berbanding jangkaan 0.95 pada Rabu.
Dua negeri merekodkan nilai Rt melebihi 1.00 iaitu Kelantan 1.05, naik daripada 1.01 pada Rabu dan Terengganu 1.00, manakala negeri-negeri lain antara 0.72 dan 0.98.
Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.
Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

