“Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Jom kita main freefire”.
BUKAN sahaja bertakbir, malah gelagat lucu seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan takut ketika dikhatan atau masuk jawi, tetapi sempat lagi bermain permainan video sambil mendoakan dia menang mencuit hati warganet.
Menerusi satu video pendek yang dikongsi @hafizjenol di akaun TikTok berkapsyen “tak tahan nak gelak je rasanya. Macam-macam ragam anak sedara cikgu ni” telah menarik perhatian lebih 3.7 juta sejak dimuat naik tengah malam tadi.
Kata Ahmed Hafizainol Ahmed Idris atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Hafiz, situasi lucu tersebut berlaku pada hari Isnin lalu ketika majlis berkhatan anak saudara, Muhammad Akid Mawarzi, 11, yang berlangsung di kediaman keluarganya di Kuala Kangsar, Perak.
“Majlis berkhatan itu sebenarnya tidak dirancang. Kebetulan kami nak buat kenduri kesyukuran sempena saya dapat kerja sebagai cikgu di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berserta majlis doa selamat untuk arwah abah.
“Kemudian saya terfikir yang saya ada anak saudara berusia 11 tahun, masih belum bersunat.
“Jadi kami terus rancang sekali untuk Akid,” cerita Cikgu Hafiz.
Menariknya, aksi spontan memberikan telefon kepada Akid merupakan hasil idea bernas adik perempuannya yang berusia 5 tahun selepas kasihan melihat wajah abangnya yang ketakukan ketika dikhatan.
“Dia memang fokus main game lepas tu. Cuma ada sesekali sahaja dia buat muka takut ketika kena cucuk,” ujar Hafiz.
Baca artikel berkaitan: ‘Dia adalah seorang lelaki yang sangat berbeza’ – 6.1 juta netizen saksikan definisi cinta sebenar pasangan ini
@hafizjenol Tak tahan nak gelak je rasanya. Macam-macam ragam anak sedara cikgu ni ? #fyp ? original sound – Cikgu Hafiz
Dalam pada itu, Cikgu Hafiz turut berkongsi perkembangan terbaharu Akid selepasi selesai sesi berkhatan.
“Sekarang keadaan dia dah okey. Cuma kadang-kadang dia kata rasa gayat bila berjalan. Dia pun selalu ‘overthinking’ sehingga takut nak buang air kecil,” tambahnya.
Menariknya, Cikgu Hafiz mengatakan selepas video itu tular, ada yang bermurah hati ingin memberikan hadiah kepada Akid.
“Ada sebuah akaun TikTok ni @adm_mhymen nak bagi baju jersi kelab bola sepak Manchester United kepada Akid. Lepastu ada juga yang ‘bank in’ duit sebagai hadiah,” ceritanya lagi.
Rata-rata warganet turut meninggalkan komen bahawa mereka terhibur akan gelagat lucu Akid yang dikatakan agak luar biasa.

“Another level,” tulis @syafq.
“Ingatkan ya Allah ya Allah kurang kan sakit,” ujar @akim.
“menyempat cakap bagi lah aku menang HAHAHHAHA,” kata @danialpk.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

