INDUSTRI hiburan Korea Selatan semakin mendapat sambutan hangat apatah lagi semenjak siri ‘Squid Game’ dipasarkan pada September tahun lalu menjadi fenomena global.
Rata-rata drama, filem dan lagu daripada Korea sememangnya mempunyai jalan cerita yang menarik dan unik sehingga kualiti kandungan yang dikeluarkan setaraf karya Hollywood.
Jom! URTV bawakan 5 filem terbaik Korea yang diadaptasi daripada kisah sebenar dan diolah sedikit bagi memastikan filem itu tampak menarik.
Memories of Murder (2003)

Filem Memories of Murder diadaptasi daripada kisah sebenar pembunuhan bersiri yang berlaku antaran tahun 1986 dan 1991 di Hwaseong, Wilayah Gyeonggi. Dikatakan, wanita yang menjadi mangsa berumur daripada 14 sehingga 71 tahun telah diikat dan dibunuh. Walaupun di dalam filem tidak dinyatakan jumlah kematian sebenar, namun pihak berkuasa telah menjumpai 10 mangsa dengan pembunuhan yang serupa,Turut dibintang Song Kang-ho sebagai Detektif Park Doo-man dan Kim Sang-kyung sebagai Detektif Seo Tae-Yoon, cuba merungkaikan misteri jenayah yang berlaku. Menariknya, tentang filem arahan Bong Joon-ho ini, pada tahun 2019, pihak berkuasa Korea telah mengenal pasti identiti pembunuh yang sebenar dikenali sebagai Lee Chun Jae yang mengaku bersalah atas membunuh 14 wanita, dimana 10 mangsa daripada itu terjadi di daerah Hwaseong.
The Chaser (2008)

The Chaser merupakan sebuah filem yang berdasarkan kehidupan sebenar pembunuh Yooo Young-chul yang telah disabitkan kesalahan pada 2005 atas dakwaan membunuh 20 orang. Filem ini dapat dilihat mengikut kehidupan sebenar pembunuh Young-chul apabila turut dimasukkan jalan cerita Young-chul yang pernah ditahan oleh polis ketika melakukan pembunuhan beramai-ramai. Namun dilepaskan oleh kerana disangka dia hanyalah pencuri biasa. Malah, kebanyakkan mangsa pembunuhannya adalah dari kalangan pelacur, tukang urut dan orang-orang tua yang kaya. Filem ini dimainkan oleh Kim Yoon-Seok sebagai detektif Eom Joong-hi dan Ha Jung Woo sebagai Ji Young-min sebagai pembunuh.
The Case of Itaewon Homicide (2009)

Berdasarkan kisah benar dua kawan, Arthur Patterson dan Edward Lee yang menjadi suspek bagi kes pembunuhan Cho Jung-Pil yang ditikam sebanyak sembilan kali di sebuah rangkaian makanan segera terkenal di Itaewon pada tahun 1997. Kes ini telah disiasat pada tahun 1997, namun Arthur Patterson yang merupakan anak kepada bekas pegawai askar Amerika telah dibebaskan dengan pengampunan selepas setahun enam bulan di penjara. Edward Lee kemudian turut dilepaskan oleh kerana tidak cukup bukti. Selepas filem ini ditayangkan, keluarga mangsa telah menuntut untuk kes dibuka kembali dan bukti DNA menunjukkan Patterson merupakan pembunuh yang sebenar.
Silenced (2011)

Silenced merupakan sebuah filem adaptasi novel terlaris yang ditulis oleh Gong Ji-young pada 2009 bertajuk ‘The Crucible’. Novel tersebut menceritakan secara terperinci tentang penderaan seksual kanak-kanak yang berlaku di sebuah sekolah cacat pendengaran, Gwangju Inhwa School. Walaupun kekejaman dan penderaan di sekolah tersebut berlaku selama beberapa dekad, namun tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Sehinggalah seorang guru seni, Kang In Ho yang dilakonkan oleh Gong Yoo hadir. Selepas filem ini ditayangkan, orang awam marah dan menyebabkan kes ini telah dibuka balik oleh polis pada tahun tersebut.
Birthday (2019)

Berdasarkan kisah benar tragedi ‘Sewol Ferry’ pada 2014 yang menyayat hati apabila sebanyak 304 penumpang daripada 476 terbunuh. Malah seramai 250 mangsa yang terbunuh adalah merupakan murid Danwon High School dan hanya 75 murid sahaja terselamat. ‘Birthday’ menceritakan tentang kehidupan selepas tiga tahun peristiwa tenggelamnya Sewol sehingga mengakibatkan (Sol Kyung-Gu) dan Soon-nam (Jeon Do-Yeon) kehilangan anak lelakinya. Filem ini turut memberi fokus antara dua insan dengan idea yang berbeza dalam meneruskan kehidupan selepas kehilangan insan tersayang.

