RM967.2 juta diperuntuk pemulihan kawasan bencana – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM967.2 juta diperuntukkan kerajaan bagi inisiatif pemulihan kawasan bencana sepanjang monsun timur laut 2021/2022 yang melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat 895 lokasi bencana telah dikesan sepanjang monsun timur laut kali ini melibatkan lokasi banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan mendap dan jambatan runtuh atau rosak.

Kata beliau, sebanyak 802 lokasi telah selesai menjalani aktiviti pembersihan.

“Lokasi telah selesai aktiviti pembersihan ialah Kedah (tiga daripada lapan lokasi) Perak (kesemua 17 lokasi), Selangor (134 daripada 162) dan Negeri Sembilan (45 daripada 62).

“Di Melaka (17 daripada 22), Johor (kesemua enam lokasi) Pahang (533 daripada 566), Terengganu (13 daripada 14) dan Kelantan (34 daripada 38).

“Pembaikan kekal dijangka dilaksanakan bermula bulan ini dan selesai pada Jun 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan Perdana Menteri selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dana RM50 juta diperuntukkan kepada 32 PBT – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kluster komunikasi strategik yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah aktif melaksanakan hebahan maklumat sejak bermulanya monsun timur laut.

Menurut beliau, usaha dipergiatkan sejak jangkaan akan berlaku gelombang kedua bagi memastikan penduduk khususnya dan negara bersedia agar keadaan lebih terkawal.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, strategi komunikasi melibatkan promosi hebahan amaran dan situasi semasa; hebahan bantuan kerajaan; mengenal pasti isu berbangkit dan ditangani bersama pelbagai agensi serta usaha-usaha mengesan berita palsu serta segera menyiarkan penafian.

Ismail Sabri berkata, platform yang digunakan adalah media massa, media sosial, saluran Jabatan Penerangan, turun padang, advokasi, penerbitan dan usaha-usaha libat urus.

“Penyelarasan usaha mobilisasi anggota perkhidmatan awam membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan telah melibatkan tenaga kerja hampir separuh daripada penjawat awam Persekutuan dan negeri di seluruh negara.

“Bagi mereka yang menerima bantuan kerajaan menerusi pembayaran secara dalam talian dinasihatkan agar berhati-hati dengan pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil keuntungan mudah dengan menjalankan aktiviti penipuan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This