BARU-baru ini, tular di media sosial adik Neelofa iaitu Ameera Khan dihentam oleh netizen gara-gara memuat naik beberapa sedutan filem House Of Gucci menerusi Instagram Stornya.

Difahamkan, filem terbabit masih belum ditayangkan secara rasmi di panggung wayang di negara ini.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @Aysharidzuan, dia mempersoalkan mengapa kejadian merakam babak filem masih lagi berlaku walaupun sudah berginjak ke 2022.

“Hi panggung wayang GSC, kenapa perkara ini dibenarkan dalam panggung wayang? Dan kenapa masih ada individu yang melakukan hal sebegini dalam 2022?,”soalnya.

Aduan Aysha Ridzuan kepada pihak GSC menerusi Twitter

Tindakan Ameera telah mengundang kecaman dan rasa tidak puas hati oleh netizen yang bengang dengan tindakan tidak masuk akal Ameera.

Sementara itu, aduan penggun beserta tangkap layar yang dikongsikan itu telah mendapat maklum malas daripada pihak panggung wayang GSC.

“Merakam kandungan filem adalah tidak dibenarkan. Kami mengambil maklum hal ini secara serius dan telah menghubungi serta melaporkan insiden ini kepada pemilik hak untuk tindakan lanjut. Terima kasih kerana melaporkan tentang perkara ini.

“United International Pictures kini sedia maklum tentang perkara ini untuk tindakan lanjut. Terima kasih,” respon GSC.

Tinjaun URTV ke ruangan balasan mendapati, segelintir netizen memberi pendapat kepada pihak panggung wayang untuk mengelakkan perkara tidak bertanggungjawab ini berlaku lagi kelak.

“Kalau dulu tak ingat wayang mana, siapa yang keluarkan telefon terus dia tembak guna lampu ‘laser’.Sama macam Istana Budaya,” kata @Heisennberg.

“Petisyen untuk GSC untuk rampas telefon! Habis filem baru pulangkan!,” luah @Aiman.

“Mereka sepatutnya ada sistem dimana kalau ada orang buat macam ini, filem berhenti serta merta. Tumpukan lampu kepada orang yang rakam itu. Selepas itu baru la tiada orang akan buat lagi,” kata @Syedmohdzamir.

Sementara itu, tinjauan URTV ke Instagram milik Ameera pula, usahawan tersebut tidak memuat naik apa-apa perkongsian atau respon berkaitan dengan isu ini.

House Of Gucci dibintangi Lady Gaga, AAdam Driver dan Jared Leto yang akan mula ditayangkan pada 13 Januari ini.