Raja Bomoh, Puteri Zaleha dibebaskan dengan jaminan selepas dihadapkan ke mahkamah

Dari Penulis

IBRAHIM Mat Zin, individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Ipoh hari ini untuk disiasat kerana kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Ibrahim dan Suliaha Abdul Hamid, yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Pihak pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan kertas pertuduhan pada prosiding itu kerana masih memerlukan masa untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan lanjut.

Mereka disiasat susulan tular satu video ritual menolak musibah banjir yang dilakukan mereka di Dataran JPS di Teluk Intan baru-baru ini.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Rabu membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Di bawah seksyen itu, mereka yang mempersenda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama Puteri Zaleha membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

BERITA BERKAITAN http://raja bomoh

Mereka menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

Selepas dihadapkan ke mahkamah, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Dalam rayuannya, Ibrahim yang mempunyai 32 anak dan tiga isteri, manakala Suliaha merupakan pesara penjawat awam memohon agar jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Tatarstan teroka kerjasama strategik sektor tenaga, halal

MALAYSIA dan Republik Tatarstan bersetuju meneroka peluang memperluas kerjasama strategik dalam pelbagai sektor termasuk tenaga, perdagangan, pelaburan, pendidikan dan...

More Articles Like This