SEBANYAK 10 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di daerah Taiping, Perak diserbu polis semalam. FOTO PDRM

SEBANYAK 10 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di daerah Taiping, Perak diserbu polis semalam.

SEBANYAK 10 premis yang disyaki menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di daerah Taiping, Perak diserbu polis semalam. FOTO PDRM

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, operasi itu disertai sepasukan  pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Taiping dibantu oleh sepasukan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak dan  Juruteknik Khas TNB.

“Hasil serbuan yang dijalankan telah merampas sejumlah  mesin bitcoin, monitor, unit CPU,  papan kekunci ,  tetikus dan  modem/router,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Osman berkata, pihaknya menganggarkan nilai rampasan sebanyak RM720,000.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat dan 10 premis yang digunakan untuk kegiatan perlombongan bitcoin itu tidak menjalankan sebarang perniagaan berlesen.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” tambahnya.