Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

“Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya.”

Demikian penegasan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim ketika ditanya mengenai perjuangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Ha­lim.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Adam Adli yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, antara elemen permulaan perjuangannnya itu adalah dengan melaksanakan inisiatif jumlah bayaran balik pinjaman ditentukan berdasarkan tahap pendapatan peminjam.

Selain itu, jelas beliau, turut diberi perhatian adalah sekatan perjalanan untuk setengah peminjam yang culas.

“Sekatan perjalan sekarang tidak buat seperti dahulu iaitu semua orang kena tidak kira siapa.

“Tetapi sekarang ini berbalik kepada berapa pendapatan peminjam. Adakah peminjam berpendapatan lebih daripada RM6,000 iaitu golongan mampu bayar?

“Jadi kita tidak lagi buat secara blanket. Tapi sebaliknya dah ada element income contingent. Mungkin di tempat yang kurang progresif. Tapi itulah dia, penangguhan-penangguhan pembayaran semula itu mula berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam episod terbaharu audio siar BoraKrasi terbitan UtusanTV.

Episod penuh bersama Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu akan disiarkan di akaun YouTube UtusanTV mulai pukul 8 malam, 17 Jun 2026.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Ha­lim ketika menjadi tetamu program BoraKrasi, baru- baru ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, beliau melihat terdapat dua isu utama dalam PTPTN.

Yang pertama, kata beliau adalah menguruskan hutang PTPTN pelajar dan kedua, menguruskan hutang PTPTN itu sendiri.

Mengambil kira semua aspek, kata beliau, PTPTN perlu memastikan kutipan hutang semula yang sihat.

“Tapi pada masa yang sama, kita tidak mahu dek kerana mengejar kutipan hutang tersebut, kita menghakis kemanusiaan, ikhsan, dan juga terutama sekali hak sebahagian besar pelajar.

“Bagi saya, dua isu ini yang kadang-kadang ada orang tengok secara separate, ada yang tengok secara bersama.

“Kita kena tengok pada banyak masalah yang timbul. Contohnya dari sudut pembayaran semula untuk pelajar. Sebab itu kalau orang nak troll, nak sebut apa-apa tentang PTPTN, saya tak terkesan sangat,” ujar beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This