Pelawak Hollywood, Bob Saget yang popular menerusi sitkom Full House ditemui meninggal dunia di bilik hotel yang terletak di Florida, Amerika Syarikat.
Siasatan awal pihak polis mendapati kematian bintang berusia 65 tahun itu tiada unsur jenayah atau disebabkan penyalahgunaan dadah.
“Pegawai penyiasat diminta ke hotel Ritz-Orlando, Grande Lakes selepas dimaklumkan ada seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam bilik hotel,” tulis pengendali akaun Twitter Syerif Orange Country.
Berita kematian Saget nyata mengundang kesedihan rakan selebriti termasuklah barisan pelakon Full House.
“Saya patah hati dan terkejut. Saya tiada kawan seperti dia…saya sangat sayangkan awak,Bobby,” tulis pelakon John Stamos di Twitter.
Saget memegang watak sebagai Danny Tanner dalam Full House yang bersiaran selama lapan minggu sejak 1987 hingga 1995.
Selain berlakon, Saget juga merupakan pengacara America’s Funniest Home Video’s.
Saget meninggalkan seorang isteri, Kelly Rizzo dan tiga anak.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

