Jadilah lebih sensitif, harapan netizen kepada Wan Fayhsal

Dari Penulis

SENATOR Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal antara orang politik yang sering menjadi tajuk berita dan ‘bahan’ warga media sosial kerana kenyataan dan idea beliau.

Hinggakan suatu masa dahulu sampai ada gelaran kepada Ketua Angkatan Muda Bersatu (Armada) itu kerana idea ‘luar biasa’ beliau yang memerlukan penekunan mendalam untuk memahaminya.

Dalam satu temu bual bersama sebuah media pada hujung tahun 2020, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa beliau sememangnya seorang yang jadi sasaran mudah untuk diserang di media sosial.

Dengan penuh yakin, katanya, sebab itu beliau tidak terlalu memikirkan serangan tersebut.

Temu bual itu rentetan daripada beberapa cadangannya yang menjadi buah mulut kerana terlalu ke hadapan termasuklah ‘wang helikopter’ dan gesaan bank hapuskan pinjaman kepada B40.

Masuk tahun 2021, agak reda sikit topik panas berkenaan Wan Ahmad Fayhsal kecuali satu dua perkara termasuklah kisah tapau nasi gorengnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gelanggang media sosial Malaysia pun sunyi daripada ‘membahan’ idea-idea beliau.

Mungkin pertambahan usia membuatkan Wan Ahmad Fayhsal lebih berpengalaman dalam menilai masa dan keadaan sebelum berkongsi ideanya dengan khalayak besar.

Semuanya seakan berjalan baik, sehinggalah dua hari lalu apabila Wan Ahmad Fayhsal kembali melontarkan ideanya dalam hantaran berhubung kematian legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh.

Seperti orang lain, Timbalan Menteri itu juga menyatakan kesedihan dengan berita pemergian Shebby.

Baca: Shebby Singh meninggal dunia

Namun, kenyataan itu diiringi pula cadangan pemakaian penyukat denyutan jantung di dada.

Idea itu bukan songsang, yang salahnya ialah pemilihan masa dan kaitan dengan situasi kematian mendiang.

“Boleh pilih masa lebih sesuai kot ye pun nak bagi “awareness” (kesedaran),” kata seorang pengguna Twitter.

Pengguna Twitter, @nizambakeri, menyelar tindakan Ketua Armada Bersatu itu yang disifatkannya sebagai “kedunguan”.

Kesan daripada maklum balas diberikan @nizambakeri, Wan Ahmad Fayhsal memohon maaf dan memadamkan bahagian dianggap sensitif itu.

Meski responsif kepada teguran, namun sama ada di alam maya atau realiti, ingatlah pepatah Melayu berkenaan perahu boleh diundur, tetapi bukan kata-kata.

Bekas pelajar sekolah asrama penuh, Wan Ahmad Fayhsal berkelulusan tinggi. Namun untuk menilai masa dan situasi, beliau perlu belajar untuk lebih peka dan hal seperti ini tidak diperoleh dalam kelas atau bilik kuliah.

Jalan paling selamat, elak jadi terlalu berbeza dengan orang lain.

Misalnya ketika komen berita kematian – buatlah secara asas, rakamkan penghargaan selain menyatakan kesedihan dan menyampaikan takziah.

Cukuplah setakat itu. Di masa lain yang lebih sesuai dengan situasi bagilah cadangan. Itu pun untuk idea-idea yang praktikal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This