Enam anggota RCI Tabung Haji terima watikah pelantikan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI enam ahli yang dilantik menganggotai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah pun menerima watikah pelantikan masing-masing, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, penubuhan RCI Tabung Haji itu merupakan hasrat ramai pihak termasuk dirinya.

Menurut beliau, Tabung Haji merupakan institusi kewangan Islam yang perlu dijaga dan dipertahankan.

“Dengan izin Allah, pada pagi ini saya bersama Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)), telah diamanahkan untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada kesemua anggota RCI Tabung Haji.

“Doa saya agar Allah SWT memandu setiap gerak di dalam memikul amanah yang cukup besar dan berat ini. Semoga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua.

“Patik menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan penubuhan RCI bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Tabung Haji,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa banjir

Turut hadir dalam majlis penyerahan watikah itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Rakun dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merangkap Setiausaha RCI Tabung Haji, Hakimah Yusof.

Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan pelantikan enam ahli RCI diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif.

Turut tersenarai, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Tan Sri Abdul Rashid Hussain; bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid; Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Unishams)/ Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Prof Dr Asmadi Mohamed Naim dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon.

Pada 14 Julai tahun lalu media melaporkan, Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

Siasatan RCI itu merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

162 bekas tentera wanita disaring, hanya 16 dipilih warden MRSM

SERAMAI 162 calon warden wanita Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam kalangan bekas tentera telah pun menjalani sesi saringan,...

More Articles Like This