Ahmad Zahid ‘gerun’ keputusan PRK sama seperti PRN – Idris

Dari Penulis

PAS membidas kenyataan Presiden UMNO selepas menyeru pengundi pilihan raya kecil (PRK) memainkan peranan untuk mengelakkan ‘kebanjiran’ wakil rakyat parti itu di negeri Johor.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu seolah-olah bimbang keputusan PRK memperlihatkan prestasi sama seperti pilihan raya negeri (PRN), baru-baru ini.

“Sebagaimana PRN di enam negeri itu, kita tengok hampir 60 peratus orang Melayu sokong Perikatan Nasional (PN). Sebab itu, dia bimbang dengan prestasi PRK di Johor. Memang menggerunkan mereka.

“Dia tahu, orang akan nampak UMNO bukan lagi tempat untuk Melayu berteduh.

“Mungkin dia lebih rela orang PH terutama calon daripada Amanah, yang merupakan orang kuat menyokong DAP itu ‘membanjiri’ Johor berbanding Pas,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Perancis rancang haramkan pakaian abaya di sekolah

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, pengundi bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mampu memainkan peranan bagi mengelakkan ‘kebanjiran’ wakil rakyat Pas di Johor.

Ujar beliau, ia dapat dilaksanakan apabila pengundi di kedua-dua kawasan memainkan peranan masing-masing pada PRK kali ini.

Idris turut mempersoalkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu yang menyifatkan Pas umpama buluh runcing dan sentiasa bersedia untuk menikam dari belakang.

“Apa yang Pas tikam belakang UMNO? (Sebenarnya) Pas yang hulur tali perpaduan. Yang wujudkan perpecahan apabila UMNO sendiri tidak mahu duduk sekali dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas,” katanya.

Tambahnya, sokongan pengundi terutama dalam kalangan golongan muda ketika ini memperlihatkan perkembangan positif dan diyakini mampu membawa perubahan dalam PRK di Johor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This